Opening Ceremony Convest - Kenangan Tak Dilupakan

0

Written on 10:06 PM by Hafiz Nabilah

[bersama juara AQ 1 di Main Audi UIA saudara Abdullah Fahmi]


[ Dah abis pun-batu tu utk gimik Opening Convest]

Pres MPP UIA di JAKIM

0

Written on 10:06 PM by Hafiz Nabilah

[Pandangan penuh 'stage' JAKIM]

[menerima hadiah dari Ketua Pengarah JAKIM]

[Tengah Menggoreng]

Citrawangsa RTM-Satu Kenangan

0

Written on 10:06 PM by Hafiz Nabilah

[aku dan zul bersama special gift dari RTM utk kami]

Baru - baru nie 24 Ogos 2007, Zukhari (Pres MPP UIA) ajak join ke satu prgm DBP di RTM. Kononya nak tengok beberapa anugerah yang bakal disampaikan oelh YB Dato Seri Utama Rais Yatim. oklah part tue..Yang membimbangkannya ialah apabila muncul beberapa artis yang dimuatkan sebagai 'kesegaran' pada malam tu. Melalak dan menyanyi ler depa lagu cinta cintun sambil diiringi dengan tarian beberapa penarai yang rata2nya orang melayu.

[Ada gaya pengacara RTM?]

Tapi apa boleh buat, memang itu dah jadi satu tradisi utk bapak2 menteri ketika mereka datang. RTM plak dengan sesugguh2nya atas nama sastera dan budaya menganjurkan tarian dan nyayian itu. Bukannya apa, artis perempuan walaupun tak berpakaian seksi seperti biasa kononnya nak jaga budaya dan bahasa pada hari itu saja, diri mereka sendiri dipenuhi dengan mekap tebal dan tabarruj yang berterusan.

Untuk mengelakkan dari diri sendiri terjerumus dengan labih dalam aku dan zul amik keputusan dengan membelek souvenir books sambil berbincang beberapa perkara berkaitan points penting yang beliau perlu bawa sebagai panelis kepada satu Forum di Jakim keesokkannya. Inilah kali pertama aku berada di hadapan artis dengar konsert 'sopan' secara live. Tak sangka begitu sambutannya :)

Konvoy Merdeka 2007

0

Written on 10:05 PM by Hafiz Nabilah

[Aku dan Mudin bergaya depan Istana Abu Bakar Pahang]

Konvoy Merdeka ini amat masyuk sekali. Walaupun Konvoy ini sering dikaitkan 'hanya untuk budak kelab wawasan', aku mencuba nasib untuk turut serta dan keputusannya, i'm in. Jadinya aku pun join nak dapat new experience di samping nak elak latihan kawad yang kami kena lalui setiap Sabtu. Kepada En Nazri, minta maaf bebanyak.

Apa yang menariknya ialah minyak di'sponsor', dapat baju free, kereta jadi 'berhias', makan pun free. Dalam hari pertama kami berkonvoy, tempat pertama kami ialah daerah Maran, satu kawasan yang telah diberikan bajet oleh MB Pahang untuk sambut kami semua. kenduri itu sempena pertunangan anak orang kampung itu. Tapi lain plak jadinya dengan kehadiran kami peserta konvoy. Selepas itu kami pun teruskan perjalanan sehingga malam kerana kami makan malam di Kemaman, Terengganu. Mak oi, nak malam sampai terengganu. Abis jer makan maka kami bertolak ke UIA Kuantan.

Hari Kedua, kami dibawa bersiar-siar disekitar kawasan bandar kuantan dengan berkibarnya bendera Malaysia disamping diiringi oleh Polis. Mcam Sultan daa.. Selepas itu kami pi Pekan, Pahang-Kwsn najib Tun Razak. Then kami ke muzium pekan dan tak lupa istana abu bakar. masa kat muzium jadilah kami budak2 perak seperti kera. posing sana-sini macam selebriti. masa kat Istana plak kami berkumpul dan susun kereta untuk masuk dalam akhbar Sinar harian terbitan Karangkraf.

Pada tgh ari, ari yang sama kami pun mula berkumpul di Kuantan utk masuk marching kereta kembara kerana time itu, UIA Kuantan tengah wat closing ceremony program dia. maka kami pun bergerak dalam dua minit utk kibar bendera depan kami dalam perakaan yang disaksikan oleh Rektor.

Ptg tu kami bergerak pulang ke UIA Gombak bagi menyambung balik pengajian seperti biasa. Cumanya benda yang agak berbeza ialah Mudin plak yang akan bawa keta sampai UIA. Cian dia..Dah aku ni Co-Pilot tapi siap tidoq sampai abis jalan.


[sesi pertukaran hadiah bersama penduduk Kg Sentosa, Maran, Phg]

[lagak pemandu berhemah di depan Istana Pahang]

[ Muzium kat Pekan, Phg-latarbelakang Heli Navy M'sia]

Iftar Team Opening Ceremony Convest (OC)

0

Written on 10:05 PM by Hafiz Nabilah

[dua jejaka macho yang beriftar ari tu]

[geng paling penting dalam Opening-PC, S/U, T.S/U]

Sehari selepas program Memorial Lecture, Team Opening Ceremony sempat mengadakan sedikit Iftar Jamaie sempena bulan Rejab dan cuba menghayati puasa sunat. tetapi yang lawaknya ada gak yang terasa teruja apabila diberitahu yang konsep makanan hari itu ialah makan dalam talam.

Lgi satu, makanan perlu dibawa sendiri dan makanan itu perlulah makanan paling best yang setiap orang pernah makan. maka datanglah pelbagai makanan yang terdiri dari nasi campur, nasi paprik, nasi goreng kampung dan sebagainya.

[Yus tgh kalut nak minum]

yang menyedihkan ialah kaum adam hanya diwakili oleh aku dan najmudin (myroomate) merangkap wakil dari central management (special task). apapun iftar tuu berjalan dengan baik sekali.

Ahmad Ibrahim Pejuang Undang - Undang Islam

0

Written on 10:05 PM by Hafiz Nabilah

[Gambar hadapan Seri Pacific Hotel]

Globalization, Social, Religious Diversity and Legal Pluralism: Can The State Law Survive?

Itulah tajuk seminar yang tertera di layar belakang Ball Room sebuah hotel perdana di tengah - tengah kesibukan ibukota.Pada hari yang bersamaan 8 Ogos 2007 hari Rabu, aku bersama rakanku -Nazmi- dengan penuh kecergasan menunggang motosikal menghala ke PWTC di Seri Pan Pacific Hotel. Ketika itu sedang berlangsung Ahmad Ibrahim Memorial Lecture kali ke -8 dengan membawa masuk undangan luar negara iaitu Prof. Emiritus Gordon Woodman tak silap aku dari Birmigham University. Beliau menyampaikan lecture yang begitu panjang bermula dari jam 2.30ptg sampai 4.15ptg
Katanya, beliau terpaksa memberi penjelasan terhadap media
release dalam akhbar yang ternyata salah faktanya berkaitan dengan freedom of religion.
Kawan2 ramai gak yang 'syahid'..bukan pa...tak berapa faham dengan bahasa dia..ari tuu...aku sampai agak lewat skit sebab ada masalah keletihan...jadinya tak ada ler lama sangat yang aku dengar...

[Bersama dengan Pen. S/U Agung Persatuan Mahasiswa Undang2 UIA]


[Ex Prog. Manager AIKOLFEST makan dengan penuh semangat]


Anyway, waktu aku dapat something yang bernilai..pertama, boleh berjumpa dengan famous practising lawyer, & kedua, bleh makan sedap... yang bestnyer aku sempat berjumpa dengan Tn Hj Zainul Rijal, bos Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Banyak benda yang kami sempat berbincang. Antaranya aku sempat memberi sikit 'report' time Kosmos zaman Hayyi...beberapa insiden kata2 dari Sister in Islam terhadap program tuu..katanya, lupakan saja SIS nie..diaorang nie memang akan cuba sedaya upaya untuk declaring war against us...

Then, topik perbincangan kami juga berlegar sekitar forum yang beliau hadiri 7 Ogos 07 di UKM yang mana forum itu berlangsung sehingga lewat malam dan sesi soal jawab masih lagi belum tamat walaupun jam menunjukkan 12.00tgh malam. Katanya, beliau terpaksa memberi penjelasan terhadap media release dalam akhbar yang ternyata salah faktanya berkaitan dengan freedom of religion. dalam beberapa kes katanya, akhbar menyatakan seolah2 mereka yang ingin menukar agama lain dipaksa oleh muslim utk masih lagi menganut Islam dan memaksa orang bukan Islam utk memeluk Islam. Itu bukanlah berita benar bahkan ia adalah pembohongan yang nyata....



[Ayam berempah-Subahanallah, sedap!!!]

Keluarga Sepupu di Jepun Bersama Tun Dr Mahathir Mohammad

0

Written on 10:04 PM by Hafiz Nabilah

[Adik Rin (baju putih depan TDM) dan Izni (baju oreng) bersama TDM dan Tun Siti Hasmah di Jepun]


[Paksu (berbaju merah hujung sekali kanan) sempat gak bergambar bersama TDM di Jepun]

Ingatkan diri yang dhaif ni saja berpeluang bertemu dan bersua dengan orang kenamaan, tapi rupa2nya orang nun di Negeri Matahari Terbit pun sempat juga bergambar.

Mesti ini merupakan pengalaman paling berharga buat Nuri Azurin dan Izni Farihin (kedua2nya sepupu yang berada di Jepun) sebab dari kecil lagi mereka berpeluang bergambar bersama tokoh pemimpin negara.

PULAPOL-Kenangan Bersejarah

0

Written on 10:04 PM by Hafiz Nabilah

[Boleh tangkap bas saja pun kira oklah]

28 Julai 2007 merupakan tarikh pertama kali menjejak kaki ke Pusat Latihan polis (PULAPOL) yang terletak berhampiran Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Bukan senang nak masuk sebuah kawasan tertutup macam tu. Tujuan sebenar adalah ingin mengikuti perkembangan bagaimana pegawai polis telah ditauliahkan. Acara pertama bermula dengan kawat kaki oleh pegawai yang akan ditauliahkan. Hampir 10 platun terlibat dan terpaksa menjadi Pak Pacak sementara menunggu ketibaan T.KPN-Dato' Najib (D.IGP). Bila dah sampai dia pun buat lintas hormat dan memeriksa kawalan kehormatan dengan menaiki kereta separuh abad (landrover) yang di depan plat tertera namanya (T.KPN).

[Bakal K.ASP satu hari nanti]

Abis jer lintas hormat barulah kumpulan pancaragam memulakan aksi. Inilah waktu yang ditunggu2. Sedap sungguh ler bunyi dia. Dulu pernah tanya, ingat nak bawa masuk ke UIA, tapi bila dengar bayaran RM7000, terus jer kecut perut. Mahal sebab dia nak kena bawa percussion siap ngan pakaian khas. Memang amat menarijk. Lepas tuu.. Polis ni kena kawat pusing satu padang kawat untuk bagi peluang mak ayah dan bakal mentua usha. Bila dah abis satu pusingan kena terpacak plak dengar ucapan T.KPN, maka dipendekkan citer maka terjatuh ler beberapa orang dek pitam sebab panas sangat cuaca pagi tuu..(mungkin semalam rehearsal kuat sangan kot)..ter bayang plak adakah aku pun suatu hari akan berada di situ??? Persoalan ini hanya ada jawapannya di Lauh Mahfuz. Wal Allah A'lam.


[Bangunan Kompeni W-satu2nya tempat yang amik gambar x pyh kawat]

[Rehat sekejap bersama 'my love' selepas kawalan kehormatan]

0

Written on 10:03 PM by Hafiz Nabilah

Ratu di Udara. Itulah tema yang telah dilarikkan oleh sebuah syarikat radio swasta yang baru berusia muda ini. Radio yang dinamakan sebagai Wanita.fm mempunyai frekuensi 88.1 fm di sekitar Lembah Kelang. Stesen radio swasta ini mendapat sokongan padu dari Kementerian Pembangunan Keluarga dan Wanita pada tahun lalu. Kini berkat kesungguhan para navigator dan deejay mereka telah menyiarkan satu slot khas untuk mahasiswa iaitu Slot bersama Pemimpin Pelajar dibawah tajaan Bersama Felda.

MPPUIAM telah diberikan penghormatan pada 28 Julai 2007 yang lalu untuk berkumandang setelah sesi rakamannya beberapa minggu sebelum itu. Pelbagai topik dibincangkan antaranya ialah cara MPPUIA berurusan dengan pelajar bermasalah, kaedah untuk melakukan kegiatan kebajikan dan sebagainya.

Semoga Wanita.fm terus tegar untuk berkumandang dan menyumbang sesuatu kebaikan kepada seluruh warga kota dan mahasiswa khasnya.

Sehari di PRS Hillcrest

0

Written on 10:03 PM by Hafiz Nabilah

[Lakonan Spontan sebagai Pelajar bermasalah]

[satu-satunya geng lelaki dalam PRS Hillcrest]


[Oppss..Mana Abg Mat ???]

[Team yang banyak songeh-hehehe]


[Saat sebelum menyembah bumi]

[ada gaya kaunselor tak???]

Dakwah Kontemporari Melalui Baktisiswa Wawasan Desa IPT 2007

0

Written on 10:03 PM by Hafiz Nabilah

Program Khidmat Masyarakat (Community Service) merupakan salah satu aktiviti yang perlu dimainkan oleh persatuan atau organisasi mahasiswa. Tujuan pelaksanaannya ialah bagi mewujudkan jalinan persahabatan dan tautan ukhwah antara mahasiswa dan masyarakat. Disamping itu, ia turut memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kuliah untuk diterjemahkan dalam bentuk praktikal kepada masyarakat. Melalui program ini, mahasiswa yang ‘dibayar’ pendidikan mereka oleh rakyat akan memanfaatkan semula kepada masyarakat melalui program berfaedah yang telah disusun. Atas dasar dan platform yang sama, Kelab Ma’ruf (Ma’ruf Club) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengorak langkah dengan bekerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan menjayakan program Wawasan Desa IPT 2007 iaitu sebuah program baktisiswa bertempat di daerah Kuala Selangor dan lokasi utamanya ialah Kampung Tanjung Siam Baru..

Pada tanggal 21 Jun 2007 bersamaan hari Khamis, dengan berpakaian serba kuning yang telah disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor, para peserta baktisiswa bagi Kelab Ma’ruf segak dan tampan berkumpul ditangga besar (main stairs) untuk mengikuti perasmian dan pelancaran Wawasan Desa IPT 2007 peringkat UIA yang akan diterajui oleh 30 kelab dan persatuan UIA. Kelab Ma’ruf merupakan antara kelab yang berada di fasa pertama pelaksanaannya. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Setelah selesai perasmiannya kami pun bergegas menuju kearah bas yang akan menghantar kami ke ‘kampong angkat ‘ kerana di sana kami bakal menghadiri perasmian dan majlis penyerahan anak angkat peringkat kampong. Ketika berada sepanjang perjalanan itu, hati ini berbolak balik dan tidak ketentuan kerana tidak sabar menanti program itu apatah lagi ini merupakan kali pertama Kelab Ma’ruf dipertanggungjawabkan dalam program baktisiswa. Perasaan bercampur baur kerana takut diri yang ditaklifkan ini tidak mampu mengemudi bahtera perjalanan baktisiswa selaras kemahuan masyarakat setempat. Namun berkat kesabaran dan kegigihan bertungkus lumus untuk menjayakan program ini, kami menggagahkan diri dalam membawa mesej dakwah selaras dengan motto kelab kami iaitu Amar Makruf Nahi Mungkar.

Setibanya penulis di kampong itu, kami disambut dengan bunga manggar oleh penduduk kampong. Dalam menunggu ketibaan dif - dif kehormat kami mengambil peluang untuk sesi bergambar bersama para peserta baktisiswa dan masyarakat kampong. Selepas itu, majlis suai-kenal bermula dikalangan peserta bagi mengisi masa yang terluang. Pelbagai telatah dan lucu ketika sesi ini kerana masing – masing ingin memperkenalkan diri menerusi gaya dan persembahan tersendiri. Tepat jam 12.30 tengahari bermulalah upacara perasmian yang dimulakan dengan paluan kompang dengan kehadiran YB Datuk Ustaz Hj Sayuti Said yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati di Balai Raya Kampung Tanjung Siam Baru. Pelbagai peringatan dan ‘taujihad’ diberikannya sebelum merasmikan penyerahan anak angkat. Sesi perasmian berjalan dengan lancar dan para peserta diberikan masa sepetang untuk bersama keluarga angkat masing – masing. Selepas Asar seperti yang telah dimuafakatkan bersama Pengerusi JKKK dan urusetia program, kami berkumpul semula di surau bagi mengadakan gotong – royong ringkas. Tika penulis tiba, hati mula berasa bersyukur kerana mahasiswi yang turut serta mula berasa dekat di hati masyarakat dengan membawa adik angkat masing – masing untuk turut serta gotong –royong ini. Kami pun pulang ke rumah masing – masing setelah selasai aktiviti itu kerana ingin bersiap untuk program yang pertama iaitu bersiar – siar untuk melihat kelip – kelip di kampong berdekatan iaitu Kampung Kuantan. Penulis teringat satu kata – kata yang diberikan oleh En Saad, seorang Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Daerah Kuala Selangor yang menyebut bahawa sebarang lawatan dan kunjungan ke Kuala Selangor tidak akan bermakna sekiranya tidak melawat ke kawasan kelip-kelip yang dianggarkan terbanyak di dunia. Inilah kali pertama penulis berasa begitu dekat dengan kelip – kelip apabila berada di dalam sampan yang sarat penumpang seramai 4 orang bagi menyelusuri tebing Sungai Selangor melihat kelip-kelip yang mendiami pokok berembang yang tumbuh liar sekitar tebing tersebut. Subhanallah, itulah kalimah pujian yang terpancul di mulut ketika melihat ribuan kelip – kelip yang menjadikan pokok – pokok itu bersinar – sinar dalam gemerlapan malam jumaat itu. Itulah kehebatan ciptaan tuhan yang Maha Esa dalam memberikan manusia satu peluang untuk berfikir akan kekuatan-Nya.

Malam itu, penulis dibuai mimpi indah kerana inilah perasaan yang dilalui ketika berada di sebuah kampong tradisional di Selangor. Di kala Subuh, penulis dikejutkan dengan pekikan ayam dan sempat bersolat berjamaah bersama keluarga kerana rumah penulis agak jauh dari surau. Keluarga angkat kami begitu penyayang dan sangat mengambil berat setiap apa yang dlakukan. Pada pagi Jumaat itu, kami dibawa bersiar- siar oleh Ketua Kampung atau lebih mudah dipanggil ‘Tok Ketua’ ke sekitar kampong untuk melihat aktiviti seharian penduduk di sana. Dalam perjalanan itu kami dibawa melihat secara dekat bagaimana pembuatan atap. Aktiviti ini dipanggil menyemat atap. Ramai peserta yang mencuba untuk menyemat atap namun gagal kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi. Selepas itu kami dibawa melawat seorang penduduk yang aktiviti sara hidupnya ialah menangkap ikan. Kami diberikan taklimat yang ringkas berkaitan sungai Selangor dan risikonya. Hamper 2 jam kami mengambil masa untuk bersiar – siar dengan berjalan kaki. Kami meneruskan aktiviti berkumpulan (group binding) iaitu untuk mengadakan sedikit perbincangan bagi persediaan dua program penting pada sebelah petang iaitu bengkel motivasi dan bengkel ibadah yang akan berjalan secara serentak.

Masa yang ditunggu – tunggu kini tiba. Tepat jam 2.45 petang dua program dimulakan serentak. Ia berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pasangan iaitu sebuah sekolah yang mempunyai kapasiti pelajar yang berjumlah kecil. Program pertama iaitu Bengkel Motivasi disasarkan kepada pelajar yang bakal menduduki UPSR. Pengisian yang diberikan ialah melalui ‘ice –breaking’, ceramah, dan latihan dalam kumpulan (LDK). Aspek yang paling penting ditekankan ialah konsep usaha, doa dan tawakkal. Penulis bersama Kelab Ma’ruf mahu memastikan para pelajar di sekolah tersebut yakin dengan bantuan tuhan setelah berusaha dan redha dengan apa yang dikurniakan-Nya. Program yang kedua ialah Bengkel Ibadah iaitu fokus kepada Sifat Solat Nabi. Program ini disasarkan kepada pelajar tahap dua. Alhamdullilah, walaupun program ini singkat iaitu selama dua jam, para peserta telah didedahkan dengan konsep teori dan praktikal melalui sumber yang kukuh iaitu Quran dan Sunnah. Malahan ramai pelajar yang merasa janggal pada permulaannya kerana merasa kekok untuk mempelajari amalan yang diambil dari hadith sahih kerana penerapan ini tidak disuburkan di peringkat sekolah rendah. Namun hasil komitmen dan kerjasama para pelajar mereka kini mampu sedikit sebanyak menguasainya. Pada penghujung kedua – dua program itu, pihak sekolah telah mengambil peluang untuk mengucapkan penghargaan dengan majlis penutup secara ringkas dan diiringi dengan penyampaian hadiah.

Penulis bersama dengan para pelajar sekolah rendah

Di sebelah malam penulis bersama rakan – rakan berjaya mengadakan kuliah maghrib untuk penduduk kampong dan tajuk yang dibawa adalah ringan dan lebih mengfokuskan kearah akidah, ibadat dan penyucian hati (Tazkiyatun Nafsi). Kuliah ilmu ini diadakan pada waktu maghrib dan subuh sepanjang kami berada di kampong ini. Manakala kami akan memastikan setiap kali solat, ia akan diimami dan dipimpin sendiri oleh rakan – rakan penulis (peserta baktisiswa). Sokongan yang ditunjukkan oleh penduduk kampong begitu membanggakan kerana hamper setiap kali kuliah maghrib telah diadakan kenduri kecil. Pada malam itu, penulis sempat merasa laksa kampong hasil kenduri malam itu.


Memberi sedikit pengisian Maghrib

Hari ketiga adalah antara hari yang mencabar kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dari para peserta. Namun kami mengisi kekuatan spiritual terlebih dahulu dengan mengadakan majlis Qiyamullail bersama penduduk kampong dan disusuli dengan kuliah subuh. Inilah antara kekuatan yang telah diamalkan solafussoleh yang ingin kami pasakkan dalam diri penduduk kampung. Pada pagi yang ceria itu, peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diketuai oleh belia kampong terbabit. Kumpulan dibahagikan mengikut aktiviti gotong royong yang telah dipersetujui bersama oleh JKKK dan Kelab Ma’ruf iaitu kumpulan pertama dengan menjayakan projek penanaman nanas dan pisang sebanyak 100 anak pokok setiap satu. Kumpulan kedua dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan batu asas gelanggang futsal unutk kemudahan belia manakala kumpulan ketiga diminta untuk menyiapkan mercu tanda kepada program khidmat masyarakat. Seterusnya kumpulan terakhir perlu membantu terutamanya kaum ibu untuk menyediakan kenduri di balai raya. Sambutan yang diberikan oleh kanak – kanak, belia dan keluarga angkat dalam menjayakan agenda gotong – royong secara besar-besaran tercapai. Penulis berada dalam kumpulan yang menyiapkan mercu tanda dan ia bukanlah tugas sukar kerana papan tanda telah disediakan oleh pejabat belia dan sukan daerah. Tugas yang paling mencabar ialah menanam pokok pisang dan nanas. Disebabkan sarung tangan yang diperuntukkan hanyalah mencukupi untuk kumpulan yang terbabit, maka penulis telah terkena duri ketika menanam pokok nanas. Namun ia merupakan satu aktiviti menyeronokkan kerana malaluinya kami sempat mengetahui betapa letihnya untuk berkebun sepertimana yang dilalui dan dirasai oleh golongan terdahulu.

Mercu Tanda Ma'ruf Club

Perlawanan bola sepak persahabatan telah diatur dan disusun oleh belia kampong itu. Penulis pada mulanya dimaklumkan bahawa permainan ini seakan perlawanan sebenar kerana belia mereka merupakan jaguh antara kampong – kampong sekitar Kuala Selangor. Walaubagaimanapun, kami tidak berasa sangsi dengan kekuatan pihak lawan kerana perlawanan ini sekadar menyahut seruan ulama iaitu ‘aqal yang sihat terletak pada tubuh badan yang kuat.’ Pertandingan ini disudahi dengan seri 6-6 apabila pada separuh masa kedua pihak Kelab Ma’ruf terpaksa memohon pemain ‘import’ kampong kerana mereka begitu kuat. Dalam masa yang sama, beliawanis juga mengatur pertandingan persahabatan bola jaring. Setelah tamat permainan para peserta mengambil masa untuk berehat kerana pada sebelah malam bakal diadakan majlis kebudayaan atau ‘malam seribu kenangan’.

Dengan berbekalkan sedikit persediaan untuk malam kebudayaan para peserta baktisiswa mencuba sehabis baik untuk persembahan. Majlis itu dimulakan dengan persembahan kumpulan Dabus. Kumpulan Dabus dianggotai oleh lelaki dan perempuan dimana lagu selawat dan nasihat dimainkan dengan diiringi oleh paluan rebana dan gong. Bapa angkat penulis merupakan ‘tekong’ untuk kumpulan dabus itu dan selawat yang disampaikan itu sangat menarik dan ia akan menjadi lebih menarik sekiranya anak – anak belia turut serta. Itulah sedikit kelemahan yang dapat ditinjau oleh penulis kerana anak – anak belia tidak menggemari budaya turun – temurun yang lebih didominasikan oleh warga kampong yang separuh abad. Majlis menjadi lebih menarik apabila pantun yang dideklamasikan oleh para pelajar antarabangsa yang terdiri dari pelajar Filipina dan Somalia. Mereka tidak mampu bertutur secara baik menyebabkan sebutan mereka menggamit perasaan penduduk yang hadir.

Kumpulan Dabus yang dipimpin oleh Hj Zakaria (Orang Lama)

Anak angkat dan keluarga angkat juga tidak ketinggalan dalam persembahan mereka. Selain itu, Kelab Ma’ruf juga sempat mewakilkan beberapa peserta untuk mendendangkan dua buah lagu nasyid. Acara kemuncaknya ialah persembahan gabungan antara mahasiswa dan belia kampong itu iaitu dikir barat. Dikir barat ini diselitkan dengan unsur humor dan nasihat medapat sambutan yang begitu hangat kerana kebetulan ‘tukang karut’ itu adalah anak jati Kelantan dan beliau menggunakan loghat asli Kelantan. Program itu berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para peserta persembahan. Matlamat yang ingin dicapai melalui majlis kebudayaan yang dianjurkan ini ialah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak pernah melarang apatah lagi menegah budaya berhibur namun ia perlu menuruti batasan yang ditetapkan. Penulis bersyukur kerana sepanjang persembahan itu, tiada langsung budaya barat yang diterapkan bahkan ia digemburkan dengan budaya ketimuran yang lebih sopan dan santun dalam pendekatan berhibur.

Masa berlalu begitu pantas. Itulah perasaan yang kini terpendam jauh di lubuk kalbu penulis. Namun perjuangan perlu diteruskan. Agenda terakhir kami sebelum kami pulang ke lembah gombak ialah dengan mendekatkan golongan tua, belia, kanak- kanak dan mahasiswa melalui aktiviti sukaneka. Sebelum acara sukaneka dimulakan, kami dahulukan dengan senamrobik yang berlansung selama hampir sejam. Setelah itu barulah permainan dimulakan dengan acara berasingan dari kanak – kanak sehinggalah ke warga kampong. Antara permainan yang sempat dilaksanakan ialah bola bayang, mencari gula – gula dalam tepung, lari dalam guni dan sebagainya. Pertandingan yang paling menarik ialah acara tarik tali. Kami telah membahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kelab Ma’ruf, persatuan belia kampong dan JKKK kampong. Pemenang kepada acara itu ialah JKKK kerana mereka pada permulaannya telah menang sesi pertama kerana tiada pertandingan. Acara sukaneka itu berlangsung dengan penuh muhibbah dan kasih sayang. Tiada sebarang kekasaran berlaku malah semua pihak berpuas hati.

Setiap pertemuan pastinya berlaku perpisahan. Namun perpisahan ini diharapkan satu titik permulaan dalam mengorak langkah detik kasih sayang yang terpatri sepanjang berada di bumi Kampung Tanjung Siam Baru. Majlis penyerahan semula anak angkat kepada UIA disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Negeri Selangor. Degupan jantung menjadi lebih kencang tatkala lagu perpisahan mula dimainkan. Ketika itu semua anak angkat mula mencium tangan ayah dan ibu mereka sambil deruan air mata yang jatuh ikhlas kerana pertemuan selama ini hanyalah kerana-Nya. Masing – masing begitu sedih kerana kampong yang bakal ditinggalkan ini melarik seribu satu kenangan. Penulis begitu terasa dan tersentuh hati apabila melihat seorang bayi yang berusia setahun lebih tidak mahu melepaskan tangannya dari dakapan abang angkatnya. Sedangkan abang itu bukanlah abang sebenarnya namun disebabkan semaian kasih itu diiringi dengan kasih sayang yang benar dan tulus kerana Allah, maka budak sekecil itu mudah untuk mengerti apa definisi sebenar ukhhwah fillah. Tangisan mula terpancul keluar dari mulut anak kecil itu tatkala abang angkat terpaksa ‘meleraikannya’. Hanya doa dan harapan mampu diberikan agar anak kecil itu besar dan mampu berdiri sepertimana abang angkatnya itu. Perjalanan kami yang terakhir ialah lawatan ke Bukit Malawati sebagai tirai penutup kepada program ini bagi menghargai jasa semua peserta yang sedia menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan misi khidmat masyarakat.

Tema program ini iaitu Dari UIA ke Hati Masyarakat boleh dikatakan mencapai matlamatnya kerana kerjasama yang jitu melalui JKKK Kampung, persatuan belia kampung, pejabat belia daerah dan mahasiswa keseluruhannya. Banyak kelebihan dan faedah mampu dicapai sekiranya matlamat yang digariskan itu tidak tersasar kearah ‘politiking’ dan sebagainya. Kelab Ma’ruf juga bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh UIA dan kementerian terbabit. Kami yakin dengan usaha ini (pilot project) ia bakal membawa wadah dalam dakwah kotemporari dengan berada lebih dekat dalam kehidupan bermasyarakat. .

Pengalaman Indah Bersama SMA MAWIP

0

Written on 10:03 PM by Hafiz Nabilah

Mangsa Tsunami

Mungkin ini kali pertama aku menulis blog nie meng’citer’kan secoret pengalaman indah. Sebelum nie pun ada, tapi blog lain - friendster…Mmm.. Indahnya Ukhwah sekiranya Ikhlas kerana Allah..semalam aku join RK Training & Management…sebuah motivational consultant…tempat aku keje part time…disebabkan time tuu aku free jadi kejelah skit bleh tambah pengalaman dan aktiviti berfaedah…lebih kurang 3 ari gak program kat Sri Raudhah Gombak…nie bukan kali pertama aku join tapi dah masuk dekat 5-6 kali gak…Tq Abg Mat, senior consultant yang benarkan aku join.. J kali nie…program bersama sebuah sek agama i.e. SMA MAIWP (Sek. Men.Agm Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)…

dalam keadaan terdesak sempat lagi posing

Byk gak aktiviti best..tapi yang pasti aku nie Person In Chare for Dakwah and Ibadah…mmm…bleh tahan gak jobscope…ala-ala macam ustaz yang tengoik bebudak solat…but that’s not the point…I enjoyed with my post and happy to deal with those children…bebudak nie bagus betui…bila kita cakap 5 minit sebelum program …. Tp dah terpacak awal 10 minit sebelum program…tak pernah gak aku jumpa sekolah cam nie… nak kata semua nie pemimpin pengawas ker…bulan sabit merah ker….pengakap ker…tak juga sebab sumanya classmate depa gak…

Ari pertama memang depa kaku gak ngan aku sebab tak kenai…tapi when we were having ice breaking session…everybody became nice to me…biasalah…dah start nak memanja…program ari pertama stat kui 3.00pm…awai betui..tapi time tuu…aku dok kat UIA lagi…tgh tgk moto aku overhaul…menyirap gak aku tgk moto tuu…bukan per… overhaul sampai cost incurred dia RM500 plus….bleh tahan gak..terpaksa ler aku buat loan kat banker aku si ucop…nasib baik ada dia…kalau tak…tak jalan aku gi kelas setiap ari…


eh..eh..cantiknya curve nie..

Malam ari pertama aku kena bagi tazkirah…cam tak percaya plak sebab lama dah tak cakap depan orang ramai….mmm..bawa ler skit tajuk akidah, murtad syirk and as usual citer2 agama…paling best gak…ari kedua…pagi kena conduct stretching…aku lepas dgr zukhairi (pres.MPP UIAM) bagi kulaih subuh, aku pun instruct bebudak kumpul kat padng kui 7.10 n bagitau kata nak regangan and skit kawad…tapi depa mai 7.oo tepat & wat terus regangan dan kawad…mantap giler…tak suruh dah wat…pastu mulalah aku gelabah nak cari point apa nak isi sebab depa dah amik part aku….

Tapi tuu bukan penghalang sebab aku dah join suksis….jadi banyak gak idea senaman yang aku bg ker bebudak nie…pastu bagi skit games modul…abis tu..time tgh ari …kita jump to modul slot….we’ve run for 7 moduls…time panas matahari tegak atas kepala…terus jer kita buat modul ukhwah, teamwork, strategic palnning…dan byk lagi…kira smpi budak nie pening ler…tapi petang tuuu diaorang asyik Tanya bile nitewalk, jungle trakingg..penat gak nak menjawab..lps negotiate ngan abg afyan maka kami came to conclusion that were will be having our first time swiiming in the river near to the camp…cari modul skit camner nak bagi bebudak nie bleh mandi sungai…bila gi sungai…abg amin suruh aku monitor and observe bebudak nie takut hanyaut plak .(padahal sungai takat lutut jer..)tapi biler aku ngan zukhairi gi jer…bebudak prank kami…depa terik kami terjun dalam sungai abis basah kuyup aku…


Time ari last (semalam)…kami wat jungle traking… aku pun siap ler complete set costume ala2 PGA…(bleh tahan gak)….buat check point kat bebudak…macam explorace..k gak..Cuma program nie aku penat skit…sebab kena jadi runner…cam sg pisang tuu umah aku jer….peluh tuu memang tak ingat punya banyak…pastuu dia punya end line kat air terjun mandi ngan bebduak…cam biasa ler…depa tarik aku pi air terjun and sakat aku…balik kami guna short cut highway…and abis jungle traking kul 1.00pm..statr kui 8.00pm bleh tahan gak lamanya…time last sedih gak…ada yang nangis…aku pun nak gak…tapi sebab jiwa aku masih besar time tuu…keras gak ati nak nangis..


All in all, for me diz will be the best experience I got while I’m doing my short semester…I got new frenz (actually I can call my adik-adik)… as well as I got many new modules …this one might be not a good part to be heard by RK…coz anything done in that event which came from RK must be considered as copyright…and for me, since I joined this consultant…I never speak or tell to anyone pertaining to the modules prepared by the consultant…it is a matter of trust and honest….anyway…jazakallah khairan kathira kepada adik2 abg yang manja…jgn nakal2 sekolah..belajar rerajin bagi masuk universiti,…kalau free, call abg atau put your comment kat sebelah blog nie…bleh gak saya respon nanti..


Apapun SMA MAWP memang the best…Chaoik adik2 putra dan putrid SMA MAWP..


0

Written on 10:02 PM by Hafiz Nabilah

BELIA ISLAM PERLU CONTOHI SIFAT RASULULLAH

Belia pada hari ini masih lagi ketinggalan di belakang terutamanya dari segi pemikiran. Mereka terlalu mudah mengikut perasaan dan nafsu. Maka tidak hairanlah pelbagai berita yang terpampang di dada akhbar seringkali berkaitan dengan masalah belia. Yang terbaru, ialah perbicaraan kes penderaan pelatih tentera udara yang dilakukan oleh pelajar ‘senior’ di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Kedah. Perkara ini amat memalukan kerana pelatih ini yang berada di usia belia dan boleh dianggap sebagai golongan professional pada suatu hari nanti mencemar diri mereka dengan terjerumus dalam budaya gansterism atau buli. Oleh itu, belia melayu yang beragama Islam perlu kembali atau melakukan ‘come back’ kepada Islam dengan menjadikan Rasullulah sebagai ‘role model’.

Kehebatan pemimpin agung ini memang tidak dapat disanggah oleh seluruh pelusuk bumi. Malah rasullulah pernah dinukilkan oleh seorang cendikiawan barat sebagai orang yang paling popular di muka bumi. Baginda kaya dengan pelbagai sifat mahmudah iaitu sifat kepujian yang boleh dijadikan contoh teladan. Maka tidak hairanlah di dalam Al Quran, Allah berfirman di dalam surah Al Ahzab yang bermaksud, ”Sesungguhnya bagimu Rasulullah itu sebagai contoh ikutan.” Antara kehebatan rasulullah yang perlu diteladani oleh belia Islam ialah sifat belay yang utama iaitu Siddiq (Berkata benar), Amanah (Bertanggungjawab), Fatanah (Kebijaksanaan) dan Tabligh (Menyampaikan). Sesungguhnya nabi junjungan besar kita sememangnya kaya dengan pelbagai dan ribuan sifat mahmudah namun saya hanya ingin menarik sifat dominan baginda yang boleh menjadi ikhtibar kepada kita sebagai golongan belia yang menjadi aset negara.

Sifat pertama rasulullah ialah berkata benar. Ketika di usia muda baginda, majoriti penduduk Mekah menghormati baginda kerana baginda kaya dengan sifatnya yang berkata benar. Baginda tidak pernah berdusta dan berbohong kepada sesiapa walaupun mereka itu adalah lawan. Marilah kita melihat kembali kepada sirah bagaimana rasulullah telah berjaya mengotakan katanya apabila menadah tangan berdoa supaya Allah memberi kemenangan Islam kepada salah seorang dari Umar. Ketika itu, nama yang digeruni ialah Umar bin Hisyam ( Abu Jahal) dan Umar bin Khattab. Natijahnya Umar Al Khattab telah memeluk Islam dan sepanjang pemerintahannya Islam telah tersebar luas di benua Asia. Benarlah segala yang dibawa oleh rasul kepada para sahabatnya. Oleh itu, belia kita pada hari ini perlu berani berkata benar. Pepatah arab ada menyebut, ‘katakanlah yang benar walaupun ia adalah pahit.’ Maka pelbagai perancangan dari sudut diskusi ilmiah, forum, seminar dan bengkel perlu diwujudkan oleh belia dalam menyatakan kebenaran yang semakin ditenggalami dengan kejahilan dan kejumudan. Belia perlu memahami isu terkini dan berfikir secara kritis sebelum mengutarakannya seperti isu Azlina Jailani atau Lina Joy. Mereka perlu menghayatinya dan bukan bertindak sekadar membabi buta mengikut nafsu.

Manakala sifat kedua rasulullah ialah Amanah. Baginda bukanlah seorang yang kianat apabila diberikan amanah. Menurut riwayat Ibnu Atsir, rasulullah telah diamanahkan oleh Siti Khadijah untuk berdagang di Syam bersama Maisarah apabila perkhabaran tentang amanah dan kejujuran baginda diketahui oleh Khadijah. Oleh itu, rasulullah terlah berniaga dan mengaut keuntungan yang besar hasil keberkatan dan amanahnya baginda. Sungguhpun begitu, belia Islam masih lagi ketinggalan perkara berkaitan amanah dan tanggungjawab. Walaupun kerajaan telah membariskan tema sambutan hari belia setiap tahun, namun paradigma belia masih di takuk yang lama. Kita mengharapkan tema sambutan hari belia tahun ini iaitu ‘Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang’ dihidang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dari segi technical skill (kemahiran ilmiah) dan soft skill (kemahiran bersosial). Kemahiran ini perlu bertunjang kepada prinsip dan format – format yang telah ditetapkan oleh Islam. Tambahan lagi, sifat bertanggungjawab ini perlu dipupuk berlandaskan kepada saranan Hasan Al Banna iaitu tanggungjawab pada diri sendiri (fard muslim), keluarga (baitul muslim), masyarakat (mujtama’ muslim), Negara (daulah islamiyah) dan pemerintahan (khilafah Islamiyyah) sekiranya berjaya ditegakkan.

Bijaksana pula merupakan sifat dominan yang ketiga bagi nabi Muhammad. Maka ulama telah bersependapat bahawa mustahil baginya sifat bodoh dan jahil. Kehebatan dan kebijaksanaan rasulullah terserlah melalui kisah perletakan batu Hajarul Aswad melalui riwayat Imam Ahmad bin Hanbal. Pertelingkahan telah berlaku antara Bani Abdid Dar, Bani A’diy dan Quraish serta beberapa kabilah lagi. Seorang di kalangan mereka telah mencadangkan agar diberikan hak keputusan kepada orang pertama yang masuk pintu ka’bah yang dikenali Ash Shafa. Akhirnya orang pertama itu ialah Muhammad dan mereka bersetuju agar Muhammad menjadi perantara kerana ketika itu baginda dikenali dengan gelaran Al Amin (yang dipercayai-beramanah). Maka nabi pun meminta sehelai kain dan diletakkan Hajar Aswad di tengah kain itu. Baginda memanggil setiap daripada kabilah supaya memegang setiap bucu kain sehingga masuk ke dalam Ka’bah. Apabila tiba di dalam, nabi sendiri merupakan orang yang meletak batu itu pada tempatnya. Aplikasi yang boleh dibuat dalam belia Islam di Malaysia ialah mereka perlu bijak dari segi akademik. Hal ini kerana masyarakat kita kini memandang kepada segulung ijazah dan kesarjanaan. Oleh yang demikian, belia kita perlu dipupuk untuk menyayangi ilmu dan dihapuskan dari penyakit kelayuan ilmu seperti virus pesta, virus badut (sophisticated relaxation) dan sebagainya. Selain itu, konsep bijaksana juga perlu diterapkam melalui bijaksana dari sudut kepimpinan. Rata – rata belia Islam tidak mempunyai kemahiran yang menyeluruh dari sudut kepimpinan. Kepimpinan belia pada hari ini tidak kritis dan kritikal dalam memberi pandangan. Ini menandakan bahawa mereka masih lagi tidak bijak dalam memimpin kerana mereka terlalu ‘murah’ dari sudut bahan bacaan am dan kajian. Lihatlah kehebatan Tun Mahathir, bagaimana beliau ketika di usia mudanya di bangku universiti sering menulis dalam akhbar –akhbar membicarakan isu bangsa melayu dengan mengguna nama penanya iaitu Che Det.

Belia perlu memahami isu terkini dan berfikir secara kritis sebelum mengutarakannya seperti isu Azlina Jailani atau Lina Joy. Mereka perlu menghayatinya dan bukan bertindak sekadar membabi buta mengikut nafsu.

Di samping itu, sifat menyampaikan merupakan sifat fitrah bagi seorang nabi. Baginda menyampaikan berita mengenai kegembiraan (tabsyir) dan berita kesedihan atau peringatan (tanfir). Rasul sentiasa menghantar utusan supaya menyampaikan Islam ke seluruh jazirah (tanah arab). Mengikut riwayat Ibnu Sa’ad dan Ibnu Hisyam, nabi telah menghantar Khalid Al Walid ke Najran, Ali ke Yaman dan juga untuk misi yang sama nabi mengutus Abu Musa al Asya’ari dan Muaz ke Yaman. Di dalam menghayati sifat nabi (menyampaikan), belia perlu menjadi agen integrasi dan perpaduan. Mereka perlu menjadi jurubicara ummah. Inilah ungkapan yang sering disebut dalam hampir setiap makalah dan warkah yang berkaitan mahasiswa dan belia. Namun ungkapan ini sekadar retorik dan tidak bermakna kerana tiada sebarang usaha dalam menyahutnya. Ungkapan ini dapat direalisasikan sekiranya beberapa perkara berkaitan kebebasan berucap di dalam Akta Universiti Kolej Universiti dipinda atau dimansuhkan. Ini sejajar dengan saranan yang telah dibentangkan oleh Prof. Dr Ismail Salleh (Naib Canselor Kolej Universiti Twintech) di dalam Seminar Hak Asasi Manusia pada tahun 2004 bahawa akta tersebut perlu dipinda sebahagiannya kerena mencengkam dasar intelektualisme belia yang bergelar mahasiswa. Selain itu, belia juga perlu bijak dalam mendepani isu antarabangsa. Isu – isu anti peperangan seperti di Afghanistan, Iraq dan Lubnan perlu diperluaskan informasinya oleh golongan belia Islam. Kita mahu belia kita berdiri seiringan dengan nama belia antarabangsa seperti Daniel Cohn-Bendit dan Abby Hoffman yang menjadi barisan hadapan (frontline) dalam gerakan anti perang.

Belia Islam perlu sedar peranan dan tanggungjawab mereka dalam memberi contoh (Qudwah Hasanah) kepada belia lain. Kita tidak mahu belia Islam lebih terpesong dan tergugat kehidupannya dari belia lain di tanah air sendiri. Semoga usaha dan berkat doa dapat memberi satu anjakan kepada belia Islam hari ini.